Ahlan wa Sahlan ke Ibnu Zaid's Corner

Thursday, December 30, 2010

Keabadian Cinta...


Salam semua...


Fitrah lelaki untuk kasihi wanita begitu juga sebaliknya.

Ada orang tak setuju...?
Tak setuju boleh buka dan baca surah al-A'raf ayat 189
Tapi macam mana caranya untuk tunjuk kasih sayang tersebut??
Setiap orang ada caranya sendiri dan bagi saya langkah yang pertama 
ialah...........






Langkah seterusnya rasanya tak perlu cerita kot...

 


Wednesday, December 29, 2010

Pentingnya....

Salam...

Nampaknya saya bukan seorang blogger. Rupanya bukan mudah untuk istiqomah menjadi seorang penulis blog. 

Penyakit semulajadi, semangat di permulaan tapi kekuatan untuk istiqomah kurang. Dulu asyik pukul team bola sepak Malaysia sebab kurang istiqomah dalam mutu permainan sekarang terpukul diri sendiri. 

Apa-apa pun kepada sahabat di luar sana, jangan hanya semangat dipermulaan. Bawa semangat anda hingga ke penghujung jalan.


قل آمنتُ بالله ثم استقم

Saturday, November 6, 2010

Lembaran Zulhijjah


                Zulhijjah. Apabila disebutkan bulan Zulhijjah pasti ramai yang mengenalinya. Namun, tidak ramai yang mengetahui khazanah agung yang tersembunyi di sebalik kedatangan bulan ini yang diberi keistimewaan untuk menjadi salah satu daripada empat bulan haram [al-Taubah(9:36)].

                Allah s.w.t menjadikan cakerawala dan Dia kemudiannya memilih bumi untuk menjadi tempat menghuninya manusia. Dia juga memilih Makkah al-Mukarramah, al-Madinah al-Munawwarah dan Baitul Maqdis sebagai tanah suci di antara ribuan tempat di muka bumi ini. Allah s.w.t juga menciptakan siang dan malam dan Dia telah memilih waktu sepertiga akhir malam untuk menjadi waktu terbaik untuk bersamaNya. Dialah juga yang telah menjadikan hari-hari dalam seminggu dan kemudiannya memilih hari Jumaat untuk menjadi penghulu segala hari. Begitulah sunnatullah. Betapa besarnya rahmat Allah pada manusia. Menyedari  betapa manusia sering lalai daripada mengingatinya, sering dibayangi dosa-dosa kepadanya, Allah s.w.t menyediakan dan mengkhususkan beberapa waktu yang padanya digandakan pahala, dimakbulkan doa dan diampunkan dosa bagi sesiapa yang mengambil peluang.

                Allah s.w.t menyebutkan tentang 10 hari di dalam al-Quran [al-Fajr(89:2)]. Ibnu ‘Abbas r.a, Ibnu az-Zubair r.a, Mujahid dan lain-lain mendefinasikan 10 hari ini sebagai 10 hari pertama daripada bulan Zulhijjah. Hujah ini dikuatkan lagi melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ ». فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ »

Maksudnya:
Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah s.w.t selain hari-hari yang sepuluh ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri dan hartanya lalu dia tidak kembali sesudah itu (syahid).
Riwayat at-Tirmizi (762) dan kata Abu ‘Isa: Hadith Ibnu ‘Abbas ini hasan sohih gharib.

Begitu juga sebuah hadith lain yang diriwayatkan daripada ‘Ibnu ‘Umar r.a,

    عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلاَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّكْبِيرِ ».
Maksudnya:
Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi Allah melainkan hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah padanya dengan bertahlil, bertakbir dan bertahmid. Hadith riwayat Ahmad (5575,6298)

Peluang yang sering hadir dalam hidup kita. Apakah kita telah menggunakan sebaiknya peluang yang telah diberikan Allah kepada kita?!

Kita duduk sebentar, fikirkan ……

                Gunakanlah sebaiknya peluang-peluang seperti ini untuk kita memenuhi ruang-ruang kosong, untuk menampung kekurangan diri, untuk menebus kembali dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan dan yang lebih penting untuk kita mencari keredhaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Ibnu Hajar al-‘Asqallani berkata: “Sebab istimewanya sepuluh Zulhijjah ini kerana berhimpun padanya beberapa ibadah besar iaitu solat, puasa, zakat dan haji. Dan tidak ada perkara-perkara tersebut terhimpun sebegitu di waktu lain”.

                Banyak perkara yang boleh dilakukan pada hari-hari ini. Qiyamullail yang sudah menjadi kebiasaan orang-orang soleh sebelum kita. Ditambah dengan ibadah-ibadah lain seperti berpuasa pada 9 Zulhijjah dan bersedekah. Kepada yang memenuhi syarat-syarat untuk menunaikan haji, alangkah baiknya jika dia dapat bersama jutaan kaum muslimin lainnya berhimpun di padang Arafah berdoa kepada Allah pada waktu di mana Allah berbangga terhadap mereka di hadapan para malaikatNya. Ganjaran haji mabrur yang tidak ternilai, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah terbayang di dalam fikiran manusia……syurga Allah s.w.t. Di tambah pula dengan janji Allah melalui RasulNya s.a.w:

 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ ، فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ ، رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ »
Maksudnya:
Barangsiapa yang menunaikan haji di Baitillah (kaabah) dan dia tidak melakukan rafas (kata-kata yang tidak elok dan tidak sesuai) dan tidak pula melakukan kefasikan maka dia akan kembali sepertimana keadaaanya ketika dilahirkan ibunya.
Riwayat al-Bukhary (1819,1820)

                Gunakanlah waktu ini untuk kita terus mendekatkan diri kepada Allah. Menunjukkan rasa kesyukuran kita kepada Allah terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada kita. Dia telah memberikan mata untuk kita melihat. Menghidupkan pendengaran untuk kita mendengar dan menjadikan hati-hati dan akal fikiran untuk kita membezakan antara yang baik dan buruk. Dialah juga yang telah menjadikan kita di kalangan orang yang beriman kepadanya. Nikmat-nikmat ini tidak pernah diminta untuk dibalas tetapi untuk disyukuri. Sangat sedikit orang yang mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Semoga kedatangan Zulhijjah kali ini akan membawa seribu satu erti kepada kita dalam menempuhi sisa-sisa hidup ini.